Bahan-bahan ( 20 biji )
ALA2 DUNKI DONUT MESTI CUBA NI HEHEHE
- *Sila guna penyukat metrik ye! :D
- 1/2 cawan - Susu Segar.
- 7 gram - Instant Yeast (Mauripan)
- 1/4 cawan - Majerin Planta
- 1 cawan - air kosong
- 5 cawan - tepung High Protein (diayak)
- 1 sudu kecil - garam
- Secubit - Serbuk kayu manis
- 1/2 cawan - Gula
- 2 biji - Telur Gred A
- *Sila standby tepung gandum lebih sikit sekiranya doh terlalu lembik :DD
Cara-cara
- Panaskan majerin + gula + susu dan air. Api kecil saje. Kemudian tutup api dan biarkan suam2.
- Dalam mangkuk adunan, campur tepung , garam dan serbuk kayu manis. Gaul sebati. Kemudian masukkan telur.
- Masukkan ibu roti ke dalam susu mentega yang suam tadi. Kacaukan. Pastikan susu mentega suam2 kuku. Jgn panas sangat. Takut yeast mati.
- Masukkan campuran yeast dan susu tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Uli
- Jika doh melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum untuk standby tadi. Sehingga doh lembap dan tidak melekat pada tangan. (Maaf ye, ambil masa sikit)
- Apabila adunan sudah sebati, perap dalam mangkuk yang disapu majerin. Tutup dengan plastic wrap atau tuala lembap sehingga 2 kali ganda besar.
- Setelah itu, tumbuk dan uli sekali lagi. Ambil adunan sikit dan canai setebal lebih kurang 1.5 cm atau ikut suka anda.
- Terap dengan acuan donat. Atau kalau nak terap pakai tupperware plastik bulat pun boleh. Tengah tu boleh guna penutup botol atau dilubangkan.
- Biarkan donut naik 2 x ganda. Bila dah naik, sedia untuk digoreng.
- Masa nak goreng tu, api jgn kuat sangat. Api kecil saje dan cukup panas masa nak goreng. sebab nanti hitam legam plak donatnye. Goreng sehingga warna keemasan.
- Kalau nak wat sejuk beku, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit, terus angkat dari kuali) dan simpan kat dalam bekas. masuk dalm peti sejuk.
- Lepastu, boleh salut dengan gula caster atau gula aising. Kalau nak lebih enak, salut coklat dan tabur kacang. Ikut selera anda. Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment