Saturday, 22 October 2011

KERENAH ANAK SEDARA

COMELkan macam mak su dia jugak..hehehe..gurau je..
budak ni baik sangat kalau orang selawat dia ratik , suke aku tengok budak ni
tapi kalau kita tenung dia ngan muka yang marah, tiba2 dia senyap atau marah kita balik.

Yang ni part paling kelakar, adalah satu malam tu , budak ni tiba2 jadi tersangat aktif
sampai mak dia pun dah penat layan dia, dan terus layan citer korea. Aku pun kesian tengok mak dia jadi aku lah yang layan dia, hahaha ape2 aku pun give up same je macam mak dia. Budak 
ni pun main lah sorang2(kesian) main kat atas tai yang sejuk tu
yang boleh belah dia tidur kepenatan kat atas tai macam anak yatim yang terpingir

HA LEBIH KURANG CAM DALAM GAMBAR NI
HEHE ENTAH ANAK SAPE AKU AMBIK NI

ape2 pun budak ni baik main je sorang tak nangis pun orang tak layan dia.
harap2 bila besar nanti jadilah anak soleha yang dngar cakap ibu bapa nanti
:) AMIN :)

Friday, 21 October 2011

huuhuuhuu..budak ini hensem orang nye..tapi bila dah kenal dia ..(T_T)..tau2 jelah..orng cakap ngan dia,dia buat bodoh...ini sangat menyakitkan hati aku..kuat nganjing aku, kuat buat bodoh bile orang cakap , tapi kadang2 dia adalah jugak baik ngan aku , tapi budak ini agak perasan ,maklumlah orang hensem, aku pun akui, tapi silalah jangan terlalu sombong ,kalau nak sombong pun agaklah dengan budak kelas sendiri pun nak sombong jugak ke?

HEHEHE
SEBENARNYA BANYAK LAGI NAK TULIS TAPI TIBA2 TAK DE IDEA PULAK
APA2 MINTAK MAAFLAH HAMBA NI AGAK SKEMA SIKIT KALAU MENULIS
HEHEHE DAN AYAT CAM KELING SIKIT

Tuesday, 17 May 2011

hahahehehuhuhihihoho

hari ini ku masak donut..hmmm... rasa mauripam dan tak cukup rasa macam hari tu sedih nye...apapun tetap gebu hehehe(perasanlah pulak...hari ii jugak ibu bapa aku tiada di rumah selama ti gahari..hmm rindu rasanye..sebab sunyi je rumah ..hmm..napelah aku tak ada idea nak menulis ni hehe..sorrylah kepada sesiapa yang melihat blog ku kerana tiada apa2 yang syok untuk dibaca..apa2 pun nanti kalau ada idea saya akan tulis banyak lagi perkara..see yaa..dah malam ni ..patik nak tidur dulu..:)

Saturday, 14 May 2011

Bahan-bahan ( 20 biji )

 ALA2 DUNKI DONUT MESTI CUBA NI HEHEHE

  • *Sila guna penyukat metrik ye! :D
  • 1/2 cawan - Susu Segar.
  • 7 gram - Instant Yeast (Mauripan)
  • 1/4 cawan - Majerin Planta
  • 1 cawan - air kosong
  • 5 cawan - tepung High Protein (diayak)
  • 1 sudu kecil - garam
  • Secubit - Serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan - Gula
  • 2 biji - Telur Gred A
  • *Sila standby tepung gandum lebih sikit sekiranya doh terlalu lembik :DD

Cara-cara

  1. Panaskan majerin + gula + susu dan air. Api kecil saje. Kemudian tutup api dan biarkan suam2.
  2. Dalam mangkuk adunan, campur tepung , garam dan serbuk kayu manis. Gaul sebati. Kemudian masukkan telur.
  3. Masukkan ibu roti ke dalam susu mentega yang suam tadi. Kacaukan. Pastikan susu mentega suam2 kuku. Jgn panas sangat. Takut yeast mati.
  4. Masukkan campuran yeast dan susu tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Uli
  5. Jika doh melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum untuk standby tadi. Sehingga doh lembap dan tidak melekat pada tangan. (Maaf ye, ambil masa sikit)
  6. Apabila adunan sudah sebati, perap dalam mangkuk yang disapu majerin. Tutup dengan plastic wrap atau tuala lembap sehingga 2 kali ganda besar.
  7. Setelah itu, tumbuk dan uli sekali lagi. Ambil adunan sikit dan canai setebal lebih kurang 1.5 cm atau ikut suka anda.
  8. Terap dengan acuan donat. Atau kalau nak terap pakai tupperware plastik bulat pun boleh. Tengah tu boleh guna penutup botol atau dilubangkan.
  9. Biarkan donut naik 2 x ganda. Bila dah naik, sedia untuk digoreng.
  10. Masa nak goreng tu, api jgn kuat sangat. Api kecil saje dan cukup panas masa nak goreng. sebab nanti hitam legam plak donatnye. Goreng sehingga warna keemasan.
  11. Kalau nak wat sejuk beku, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit, terus angkat dari kuali) dan simpan kat dalam bekas. masuk dalm peti sejuk.
  12. Lepastu, boleh salut dengan gula caster atau gula aising. Kalau nak lebih enak, salut coklat dan tabur kacang. Ikut selera anda. Selamat mencuba!!!